kenapa banyak sgt aku nak tuliskan kat sini hari ni? Maybe sebab byk sangat yang bersarang salam fikiran aku ni kot. Kenapa aku jadi mcm ni? rasa kosong sangat... rasa rindu... tp pada siapa? Ntahlah tapi kenapa? Why...why???? Cukup-cukuplah apa yang ku tanggung sekarang ni. Aku x nak menanggung rasa yang x sepatutnya ada pada aku... aku seorang isteri kepada suamiku dan ibu kepada anak-anakku. Ya Tuhan... ampuni aku Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya. Duhai hati... sesungguhnya apa yang kau rasai itu adalah 'racun' yang akan mematikan akal dan fikiranmu.
Buangkanlah ia, tinggalkan ia di tempat yang sepatutnya kerana apa yang ada di depamu adalah kenyataan.Hadapilah ia biar ia tidak seperti yang kau impikan. Telanlah ia biar sepahit manapun rasanya kerana sesungguhnya yang pahit itu akan menjadi penawar kepada hati....
Apa sebenarnya? hanya Dia yang Maha Mengetahui mana yang terbaik buat hambanya...
No comments:
Post a Comment