Thursday, January 7, 2010
Aku Wanita Biasa
emm... bila dgr lagu KD: 'Aku Wanita Biasa'... mmg best. tu bagi aku la. first time aku dgr kat tv bila Misha Omar nyanyi. Boleh tahan jgk. Aku suka lirik dia... yelah mcm diri aku ni. 'Wanita Biasa'yang bukannya sempurna. Ada kelebihan... ada kekurangannya. Masih tak lepas dari melakukan kesilapan. Kalau dari segi emosinya.. memang tidak tentu. Kadang2 okay... adakalanya tidak. Mudah kecil hati, mudah tersentuh... dan sesekali mahu bermanja dan dibelai oleh insan tersayang. Tapi salah ke menjadi wanita biasa?? Ntahlah susah nak kata. Bila ditanya pada lelaki... banyak yg kata wanita ni suka sangat ikut perasaan. Emosi sangatlah...mengada2 lebih & macam2 lagi. Yerla diaorang kan lelaki... sampai bila pun takan faham. Maybe ada sesetengah daripada wanita ni yg 'terlebih' sikit ikutkan perasaan. Bukan apa kadang2itulah caranya untuk terus 'survive' dalam hidup... Bagi aku apa yang penting cara kita menghadapinya. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Dulu aku mmg jenis yg ikut 'perasaan'. Tapi kini aku dah boleh 'control' sikit. Maklumlah usia dh makin meningkat. Nak cuba 'cool' sikit. Tapi... aku masih wanita biasa yang sentiasa untuk terus 'berjuang' dalam hidup...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment