Thursday, January 14, 2010

Apa Sebenarnya...???

kenapa banyak sgt aku nak tuliskan kat sini hari ni? Maybe sebab byk sangat yang bersarang salam fikiran aku ni kot. Kenapa aku jadi mcm ni? rasa kosong sangat... rasa rindu... tp pada siapa? Ntahlah tapi kenapa? Why...why???? Cukup-cukuplah apa yang ku tanggung sekarang ni. Aku x nak menanggung rasa yang x sepatutnya ada pada aku... aku seorang isteri kepada suamiku dan ibu kepada anak-anakku. Ya Tuhan... ampuni aku Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya. Duhai hati... sesungguhnya apa yang kau rasai itu adalah 'racun' yang akan mematikan akal dan fikiranmu.
Buangkanlah ia, tinggalkan ia di tempat yang sepatutnya kerana apa yang ada di depamu adalah kenyataan.Hadapilah ia biar ia tidak seperti yang kau impikan. Telanlah ia biar sepahit manapun rasanya kerana sesungguhnya yang pahit itu akan menjadi penawar kepada hati....
Apa sebenarnya? hanya Dia yang Maha Mengetahui mana yang terbaik buat hambanya...

Hilangkanlah Segalanya 2...

itu petikan lirik lagu 'hilangkanlah segalanya' by farahwahida.
aku pinjam utk menterjemahkan perasaan aku pada ketika ini. andai apa yg bersarang di perasaanku ketika ini boleh hilang dengan mudah.... alangkah damainya hati.
'aku ini wanita biasa
bisa sakit luka karena cinta
dingin sepi kerap menyapa
air mata jatuh lukisan raga
kadang ku kuat setegar karang
kadang ku rapuh lemah liar merana...'(by KD: aku wanita biasa)
bukannya aku nak jiwang karat... cuma aku rasa 'tertekan' dengan situasi yang x menentu... aku bukan meminta lebih dari apa yang sepatutnya...tidak aku tidak pernah meminta lebih dari itu. aku cuma mahu kehidupan yang tenang dan bukannya selalu bergelora. tapi siapakah yang dapat memahami? tiada siapa.....

Hilangkanlah Segalanya....

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi
ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
ku ingin gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah.....

Tuesday, January 12, 2010

~ Oohh... Bulan..........!



ntahlah... susah nak citer macamana perasaan aku skrang. Macam2 ada. Tapi semalam aku stress sangat. Tiba2 aku jadi letih sangat...berserabut sangat fikiran. I need someone to talk to.. but no one here. Ya Allah... berilah aku kekuatan dan tunjuklah aku di jalan yang benar... Bukannya apa sebenarnya aku takut apa yang akan terjadi pada aku pada masa depan. Aku tak mahu melalui seperti apa yang terjadi pada parents aku. Ianya amat menyakitkan. Sekarang ni aku rasa macam menangis sepuas-puasnya tapi x boleh...

'Terlalu lama aku mencuba...
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu'

Thursday, January 7, 2010

Aku Wanita Biasa

emm... bila dgr lagu KD: 'Aku Wanita Biasa'... mmg best. tu bagi aku la. first time aku dgr kat tv bila Misha Omar nyanyi. Boleh tahan jgk. Aku suka lirik dia... yelah mcm diri aku ni. 'Wanita Biasa'yang bukannya sempurna. Ada kelebihan... ada kekurangannya. Masih tak lepas dari melakukan kesilapan. Kalau dari segi emosinya.. memang tidak tentu. Kadang2 okay... adakalanya tidak. Mudah kecil hati, mudah tersentuh... dan sesekali mahu bermanja dan dibelai oleh insan tersayang. Tapi salah ke menjadi wanita biasa?? Ntahlah susah nak kata. Bila ditanya pada lelaki... banyak yg kata wanita ni suka sangat ikut perasaan. Emosi sangatlah...mengada2 lebih & macam2 lagi. Yerla diaorang kan lelaki... sampai bila pun takan faham. Maybe ada sesetengah daripada wanita ni yg 'terlebih' sikit ikutkan perasaan. Bukan apa kadang2itulah caranya untuk terus 'survive' dalam hidup... Bagi aku apa yang penting cara kita menghadapinya. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Dulu aku mmg jenis yg ikut 'perasaan'. Tapi kini aku dah boleh 'control' sikit. Maklumlah usia dh makin meningkat. Nak cuba 'cool' sikit. Tapi... aku masih wanita biasa yang sentiasa untuk terus 'berjuang' dalam hidup...

Tuesday, January 5, 2010

Dari Dalam Diri...

Salam...
sudah 6 hari kita memasuki tahun baru. dari coretan pertama aku dlm blog ni baru hari aku berpeluang untukku menulis lagi tentang aku. Dari dalam diri... apa yang ada dalam diri ku sekarang? Macam2 lah... Antaranya pengalaman baru hantar anak aku yang sulung ke tadika. Biarpun baru tadika... tapi aku excited sgt... Seronok dapat tengok keletah dia. Dia okay... tak nangis pun. Bersemangat sangat nak ke sekolah. Like me before...Tak takut langsung..
Lagi... apa yer... aaa.. bila aku dgr lagu "TAHAJUD CINTA" dr Dato' Siti Nurhaliza, suka sangat kat lirik dia. Adala kena sikit kat aku... sikit ker? bukan sikit tapi banyak aku rasa....
Eh tak aku bukan 'ketandusan cinta'... bagi aku kehidupan aku ni dah okay. Sebab aku ada anak2 dan suami yang sayangkan aku. Cuma kadang2 ada sedikit masalah2 yang biasa dalam satu2 rumahtangga. Tapi kalau dulu aku selalu 'ambil berat' sangat dengan masalah aku.. sekarang rasanya taknak lagi. Kalau ia melibatkan pasal hati dan aku tak boleh nak citer ngan orang lain... aku akan 'lepaskan' di sini. Lebih baik aku rasa. Aku taknak lagi beratkan fikiran aku dgn masalah2 yang 'bodoh'...
okay lah jumpa lagi...