Herm... ntah kenapa aku nak bercerita ttg puteri sulung ku ini. 19/07/2010 ni akan genaplah usianya 5 tahun. Makin besar makin banyak karenahnya. Kadang2 kesian jugak kat dia. Asyik kena marah jer dgn mamanya dan kadang2 abahnya. Bukan niat aku nak marah2 dgn dia. Aku sayang dan kasihkan dia sepenuh hatiku. Siapa yang tak sayangkan anak.... tapi yerla kadang2 perangai budak2 ni susah kita nak duga. Memang amat mencabar kesabaran diri. Macam sekarang ni susahnya nak kejut dia bangun tidor utk pegi tadika. Aduh.... tak makan pujuk langsung dia. Penyudahnya apalagi ..... terpaksa marah sampai dia nangis. (kesian sangat kat anak aku ni) Tapi princess aku ni dah pandai dah bercakap.... macam2 bendala yang dia nak tanya. Kadang2 apa yang dia cakap mengalahkan orang tua. Dia suka sangat menari... tapi yang herannya pandai la plak tu. Tak siapapun ajar dia.... Kalau bab posing depan kamera bagi jerlah kat dia. Tak payah suruh2... dia lagi pandai "Mama...macam model tak?" tanya Alya. Aku gelak jerla.... Macam2la perangai dia ni.... Tapi apapun aku amat bersyukur pada Allah kerana memberikan aku peluang utk merasa nikmat bergelar ibu biarpun terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Cuma satu yang ku harapkan agar aku terus diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesar dan mendidik anak2 hingga ke akhir hayatku. Mama sayang Alya...
No comments:
Post a Comment