Tuesday, July 13, 2010

~Sampai Syurga~




Lyrics / Lirik Sampai Syurga :

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu


Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Lirik Sampai Syurga - Faizal Tahir

Monday, July 12, 2010

Apa Erti Rindu



Aku tertanya-tanya pada diri
Apa erti rindu ini....
Terlalu sukar untuk dimengerti
Apalagi untuk ditafsirkan

Puas sudah ku mencari
Apa erti rindu ini....
Tiada nokhtah tiada penghujungnya
Hanya persoalan bermain diminda

Andai dapat ku usaikan
Apa erti rindu ini...
Tidaklah aku gelisah mimpi
Menanti dan terus menanti
Apa erti rindu ini...

Sunday, July 11, 2010

Aduhai...


hari ini ntah kenapa aku nak becerita tentang cinta lelaki. Bukan apa aku terkenangkan seorang kawan lama (KL) aku yang dah lama aku tak berjumpa. Semenjak aku habis form 5 dulu sampai sekarang aku memang aku tak pernah bersua muka. Tapi disebabkan kecanggihan IT sekarang ni dapatlah kami bertukar citer. Yerlah aku bukannya nak nak citerkan tentang private life dia tapi aku cuma pelik dan hairan tentang perasaannya.... Maksud aku tentang kasih... sayang dan cintanya.. Herm sebab sampai sekarang aku masih tertanya2 mengapa dia boleh jadi begitu???

Kasih, sayang dan cintanya memang tertumpah untuk isterinya. Yerlah begitu lama mereka menjalinkan hubungan yang berteraskan kasih sayang sebelum mengikat janji untuk hidup bersama sbg suami isteri. (Sweetnya .... mesti loving couple diaorang ni) itu la tanggapan aku masa mula2 aku dengar citer KL aku ni tapi semua tanggapan aku meleset bila aku mendengar pengakuan berani mati KW aku ni. Mcm tak percaya jer apa yang aku dengar tapi itulah hakikatnya... Dia ada 'kekasih gelap' di belakang isterinya. Yelah dah terpaksa duduk jauh dari isteri tapi takkan sebab itu boleh dijadikan sebab utama untuk berlaku curang.... Adoiiiii pening aku sekejap sebab dia ni kalau depan isteri bukan loving lagi.... pendek kata suami mithali lah kononnya. Bila aku ambil keputusan utk baca blog isterinya dalam hati aku ni betul2 kesiankan isterinya. Yerlah isterinya memang sayang habihhh kat KL aku ni. Baginya KL aku nilah segala-galanya... Dialah suami idaman malaya kononnya. Bayangkanlah kalau isterinya dapat tahu tentang hakikat sebenar suaminya itu. Mesti hancur luluh hatinya... Bila aku tanya KL aku ni takkah dia rasa bersalah pada isterinya... tahu tak dia jawab apa??? ' rasa bersalah tu memangla tapi tolak tepi dulu' terkedu aku sekejap... katanya lagi bukan dia tak sayangkan isteri memang dia sayang sangat tapi naluri lelaki biasalah...

Ntahlah aku tak tahu nak cakap aper... cuma kalau kita sayangkan seseorang takkan kita sanggup menduakan kan dia. Samada sedar atau tidak dia telah menjadikan dirinya seorang yang 'hiporkrit'. Tak taulah sampai bila dia boleh bertahan... Bagi aku ini ngeri pun ada sebab suami ku juga lelaki... Adakah dia juga akan ikut 'naluri lelaki' macam KL aku ni.... Herm.... alamak takot nak pikir....

Wednesday, July 7, 2010

My Princess Alya


Herm... ntah kenapa aku nak bercerita ttg puteri sulung ku ini. 19/07/2010 ni akan genaplah usianya 5 tahun. Makin besar makin banyak karenahnya. Kadang2 kesian jugak kat dia. Asyik kena marah jer dgn mamanya dan kadang2 abahnya. Bukan niat aku nak marah2 dgn dia. Aku sayang dan kasihkan dia sepenuh hatiku. Siapa yang tak sayangkan anak.... tapi yerla kadang2 perangai budak2 ni susah kita nak duga. Memang amat mencabar kesabaran diri. Macam sekarang ni susahnya nak kejut dia bangun tidor utk pegi tadika. Aduh.... tak makan pujuk langsung dia. Penyudahnya apalagi ..... terpaksa marah sampai dia nangis. (kesian sangat kat anak aku ni) Tapi princess aku ni dah pandai dah bercakap.... macam2 bendala yang dia nak tanya. Kadang2 apa yang dia cakap mengalahkan orang tua. Dia suka sangat menari... tapi yang herannya pandai la plak tu. Tak siapapun ajar dia.... Kalau bab posing depan kamera bagi jerlah kat dia. Tak payah suruh2... dia lagi pandai "Mama...macam model tak?" tanya Alya. Aku gelak jerla.... Macam2la perangai dia ni.... Tapi apapun aku amat bersyukur pada Allah kerana memberikan aku peluang utk merasa nikmat bergelar ibu biarpun terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Cuma satu yang ku harapkan agar aku terus diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesar dan mendidik anak2 hingga ke akhir hayatku. Mama sayang Alya...

Teruja...


hem dah lama sangat aku x update blog ni. Sekarang ni rasanya aku nak sentiasa update. Blog aku ni pun dah berwajah baru... cantik sangat... tima kasih pada azee yang banyak tolong akak ni. Maklumlah akak ni x berapa pandai (opss.. bukan x pandai tapi kurang ilmu...wakakaka) Memang rasa teruja sangat nak tulih kat dalam blog ni sebab rasanya banyak sangat benda yang dalam hati ni nak diluahkan...
Herm... tapi tu lah kalau aku tulih kat sini nanti orang lain baca, diaorang salah anggap plak camner??? Lain yang aku maksudkan nanti lain plak diaorang paham (tapi ader ker yang nak baca blog aku ni???)Tapi ada aku kesah ker pasal semua tu?? Apa yang penting aku puas hati... hahaha...
apa aku nak tulih lagi ni yer... hem x perla nanti aku update lagi.